Adventist Youth Gangzz

Adventist Youth Gangzz
Voted Logo

Sunday, January 17, 2010

AY pertama 2010

Mmg sangat menyentuhkan hati sya, sehingga air peluh pulak yang tercurah semasa sya dpt lihat ay pertama kami dijalankan. wahahaha.... "flow"nya ttp sama mcm zaman2 dulu. Nyanyi2 dulu, lepas tu sharing, games, closing song. Walaupun ttp sama, mcm ketinggalan zaman sikit, tapi apa yg sya lihat dan rasa tu mmg lain, sya bangga la kerna setiap ahli menyokong dengan penuh.

Program pertama kami ini sya yg disuruh coordinate... biasala, sapa suruh sya juga yg banyak bising. Bak patah pepatah, "siapa paling bising, dia yang buat kerja". Ayat ini tak payahlah ko tanya cikgu sekolah kamu, dorang takkan tahu tu, sbab ayat ini sya cipta sendiri. kekeke.... Pening juga sya bila disuruh coordinate, tak tau nak bawa aktiviti apa. Sya fikir2 dan doa bagi Tuhan, minta idea ngan Dia... sampai hari Jumaat baru sya decide. Sharing Alkitab sya blum sedia, nnt Sabat pagi bila ada inspirasi itu la yg sya share. Bab sya tau orang2 muda kita ini sudah puas baca Bible di rumah, jadi d church tu tak payah la crita panjang2, makan saja yg ringan2 ckp.. hehe.

AY kali ini mula awal pada 2:30pm. tapi oleh sbab masalah "chatnical", 3:00pm baru berkumpul kami semua. Sya telah share ayat Roma 8:28, kaitkan ngan cerita si Yusuf anak Yakub. lepas tu, sya pisahkan mereka kpd 2 kumpulan. Game yang sya bawa begitu: seorang perlu melakonkan sesuatu kata kerja, contohnya memasak, jual, tidur... dan lepas ia tlah diteka, mereka dihendaki tuk mencari nama orang yg melakukan kata kerja itu dengan dibekalkan direktori ayat alkitab. Sya tengok mereka semangat jugak la... tak sia2 juga sya korbankan titih peluh sya tu... ada 7 titih tu... kalo digunakan tuk siram bunga, mmg subur la.

Ini satu scene lakonan bagi kata kerja menyunat, hahahaha... bukan senang mau lakukan tu. Si Rochelle Lo yg menjadi heroin perempuan. Cara dia sunat tu, mcm guna kapak... hahaha. Selain itu, sya ingin mengambil kesempatan ini tuk minta maaf bagi kesalahan sya sbb memasukkan kata kerja yang terlampau spert "memperkosa", tak baik la kalo perbuatan atau lakonan sebegitu dilakukan dlm kaabah Suci Tuhan, sya minta maaf pasal hal itu. Inilah akibat kalo kerja last minit. bak kata pepatah "kalau kerja tak guna kepala, nnt kena hentam kepala"... thx bagi ibubapa sya yg "menghentam" kepala sya dengan kata-kata mereka... nasib tak guna besi atau tukul, kalo tidak mmg sya tak mau pulang rumah tidur, sbab tertidur d sana trus....

Akhirnya, acara AY selesai dengan sempurnanya dibawah bimbingan Tuhan dan Roh Suci-Nya. Kumpulan 2 telah menang dengan mata 21 mendahului kumpulan 1 denagn mata 19. haha, agak sengit juga.. sya mmg tak jangka rupa2nya gereja Tawau ada pelakon2 setaraf Hollywood, ada harapan p sana sudah ni... haha. K la, harap semangat kita tuk buat AY akan terus bernyala, tapi banyak yg perlu diubah lagi supaya kualiti AY akan bertambah. -edboy

1 comment:

rochelle said...

hahhaha......tekezut oo sya nampak tu perkataan..heheheheh