Salam sejahtera di dalam kasih Tuhan..
PUJI TUHAN....
setelah sekian lama belia dan beliawanis dari gereja Tawau ingin membuat laman blog, akhirnya pada tahun 2010 kami semua telah membuat satu kata sepakat untuk memulakan penulisan blog kami. kalau tiada yang memulakan, tentu sampai bila-bila angan-angan untuk membuat blog TETAP tinggal angan-angan..
apa yang saya nak ceritakan di sini, adalah tentang pengalaman saya sepanjang saya menjadi KETUA ADVENTIST YOUTH TAWAU..
Mungkin banyak di antara rakan-rakan belia tidak tahu sejak bila saya menjadi KETUA AY bagi gereja SDA TAWAU ye?? agak-agak ?? Saya telah di pilih sebagai ketua AY pada tahun 2007 menggantikan Saudara Alex Fandrianus yang merupakan ketua AY pada tahun sebelumnya..
Saya tidak tahu samada saya boleh memikul satu tanggungjawab untuk bersama-sama dengan sekelompok belia yang di sekitarnya berusia lebih muda dari saya. Pada waktu itu, saya juga sebagai guru SEKOLAH SABAT BELIA merasakan bahawa bersama mereka sudah cukup mencabar kesabaran saya untuk melayan kerenah aneh mereka.. hahahaha.. inikan pula menjadi ketua mereka ??? oh no !!! saya hampir tidak mahu terima. Tetapi saya percaya, bukan sahaja ahli komiti gereja yang menaruh kepercayaan kepada saya, tetapi saya tahu Tuhan pasti akan berdukacita jika saya tidak mahu memikul tanggungjawab itu.
Kenangan yang amat indah sekali sepanjang tahun pertama saya menjadi KETUA AY TAWAU, saya telah organized satu acara yang julung-julung kalinya yang di adakan di GEREJA SDA TAWAU iaitu "CULTURAL NITE " . Acara ini adalah acara yang benar-benar mencabar ketahanan fizikal dan mental saya. Pada malam itu kami akan mempersembahkan empat jenis tarian, antaranya SAN DE GU NIANG ( TARIAN CINA ), KURATSA ( TARIAN FILIPINO dari kanak-kanak), ITIK-ITIK ( TARIAN FILIPINO dari IBU-IBU ), SUMAZAU ( TARIAN KADAZAN ), FASHION SHOW, NYAYIAN LAGU-LAGU TRADITIONAL.. dan banyak lagi, MASTER OF CEREMONY ( MC ) pada malam itu iaitu saya ( GENEVIEVE RAVECHE ) dan SAUDARI VOO MOI MEE.
Programe inilah yang pertama yang kami organized di bawah pimpinan saya. Biarpun pelbagai jenis cabaran dan dugaan yang kami hadapi tetapi Puji Tuhan acara kami yang berlangsung pada 23.12.2007 berjalan dengan baik dan jayanya. walaupun saya letih dari segi fizikal dan mental, tetapi semua itu amat berbaloi sekali dengan semangat dan kerjasama semua orang yang terlibat pada malam itu. bukan senang untuk mengajar menari untuk tiga kumpulan penati yang corak tariannya berbeza, mengajar kanak-kanak menari, saya menjadi salah seorang penari ( tarian cina la... ).. hahaha.. tapi syok la jgak.. ADA YANG MAU GANTI TEMPAT SAYA KAH KALAU KITA ANJURKAN LAGI PADA TAHUN 2010 ????? hahahahaha
Saya terus menjadi KETUA AY TAWAU dari tahun itu sampai lah pada hari ini. Pada tahun ini Pastor Earie telah membuat satu pembaharuan dalam carta organisasi gereja, di mana setiap pelayan akan di beri gelaran ELDER ( walaupun belum di tauliahkan ), dan saya mendapat gelaran itu ..hehehehe.... saya menjadi elder untuk PELAYANAN BELIA.. seram sejuk jugak bila dapat gelaran tu.. (@@). ini menunjukkan bahawa saya perlu meningkatkan lagi mutu belia di gereja SDA Tawau khasnya,dan gelaran ini bukanlah satu gelaran yang boleh di buat main-main, dan ini merupakan salah satu cabaran saya di dalam tahun 2010.
setelah hampir tiga tahun memimpin belia dan beliawanis di Gereja ini, saya dapat rasakan yang perhubungan antara saya dengan mereka semakin rapat, dan saya menganggap mereka semua seperti adik saya sendiri.
Apa yang pasti pada tahun 2010 ini, sama-samalah kita semua membangkitkan lagi semangat kita sebagai PEJUANG MUDA TUHAN... dan saya memang mengharapkan kerjasama dari semua belia dan beliawanis.
Jika ada sesiapa yang mempunyai sebarang cadangan atau idea untuk sebarang programe boleh berjumpa terus dengan saya ( jumpa di church la ).. SMS ka??? atau mesej di Facebook... ok ??
kalau saya tiada ( pergi bercuti ka ,) hahaha manatau... kan??? boleh la berjumpa dengan penolong kanan saya iaitu SAUDARA ELMARKANE,
* Sesiapa yang belum tahu AJK-AJK Youth Tawau, inilah nama-nama di bawah*
Penolong Ketua AY : ELMARKANE MONARES
Setiausaha : JESSICA KILUS
Bendahari / Bank : MELVIN ELSON SAMSON
owh ya,, saya mencadangkan tahun ni AY buat FAMILY DAY.. anjuran Belia SDA Tawau...
sesiapa yang ada sebarang idea, boleh la terus berjumpa dengan saya ( Sabtu and Ahad ) or SMS ( 6.00am-10pm ).. Msg di Facebook pun boleh sebab boleh masuk di VIA CELCOM SMS ku... orait ??
HAVE A NICE DAY EV'RY ONE, MAY GOD BLESS ALL THE YOUTH.. ( ^-^ )
Love and pray in christ,
Ms. GENEVIEVE RAVECHE.
Wednesday, February 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cheh, Elder Genevieve.... hahaha
Elder...??? bila naik pangkat??? hehe
Post a Comment